Thursday, January 31, 2013

Keunikan dan Keajaiban Solat

Bismillahir-rahmanir-rahim...

"Solat itu tiang agama, sesiapa mendirikannya bererti dia mendirikan agama, dan sesiapa yang meninggalkannya, bererti dia meruntuhkan agama."

(Hadis riwayat daripada Rasulullah SAW)


Solat adalah ibadah utama selepas kesaksian terhadap keesaan Allah dan kerasulan Nabi Muhammad. Membandingkan ibadah solat dengan ibadah-ibadah lain mungkin dapat menjelaskan keunikan dan keutamaannya.

Solat untuk Semua

Ibadah zakat memerlukan material berupa harta kekayaan yang mencukupi jumlahnya dan sebahagiannya perlu cukup kiraan setahun tempoh pemilikannya. Beruntung mereka yang dikurniakan limpahan harta kekayaan hingga berpeluang mengerjakan ibadah yang mulia ini. Namun bagaimana pula mereka yang tidak berharta atau tidak mampu mengeluarkan zakat? Pasti timbul rasa terkilan bagi mereka yang berpendapatan rendah atas kegagalan melaksanakan tuntutan Allah ini. Namun, berbeza dengan solat, ia diwajibkan ke atas siapa sahaja yang mencapai usia matang tanpa mengira status kehidupan mahu pun kekayaan. Kelayakan minima solat ini membolehkan ibadah ini dilakukan oleh semua orang Islam. 

Solat - Pelerai Status Sosial 

Amat mengharukan apabila melihat jemaah di dalam masjid yang menunaikan solat bersama tanpa mengira pangkat dan darjat. Seorang kaya yang berjubah mahal bersolat di samping seorang tukang kasut berbaju lusuh. Seorang menteri berpangkat tinggi sujud di sebelah seorang penganggur entah dari mana. Walau berbeza darjat dan kasta, namun mereka menyembah Tuhan yang sama, bersujud kepada seorang Pencipta yang satu. Menakjubkan, bagaimana ibadah solat ini merungkai segala ikatan egonisme dan melerai tembok materialis yang memisahkan seorang manusia dengan manusia yang lain. Namun dalam solat, mereka hanya hamba-hamba Allah yang bersujud kepada-Nya. Membezakan kedudukan mereka, hanya ketakwaan.

Banyak lagi pengisian menarik yang dibincangkan di dalam buku ini. Oleh itu, dapatkannya kini dengan harga RM40.00/unit sahaja. Jika berminat, sila tinggalkan pesanan di ruangan komen atau pm saya di FB atau emelkan di luna.godric@gmail.com

Wednesday, January 30, 2013

Kasturi Syifa Wangian Sunnah


Bismillahir-rahmanir-rahim...

Anas r.a. meriwayatkan bahawa:

"Rasulullah SAW mempunyai sebuah kotak pewangi yang selalu digunakannya untuk wangian."


Kasturi Syifa adalah minyak kasturi putih yang telah didoakan dengan:

  1. 30 juzuk Al-Quran
  2. Ayat-ayat syifa'
  3. Ayat-ayat ruqyah
  4. Al-Muawizat
  5. As Maul Husna
  6. Doa-doa syifa'
  7. Selawat Tajrijiyyah
  8. Istighfar
  9. Solat Hajat
  10. dan lain-lain
InsyaAllah ianya boleh digunakan sebagai terapi wangian sunnah yang berfungsi sebagai:
  1. Perisai diri
  2. Perisai tempat kediaman, tempat kerja, tempat perniagaan dan sebagainya
  3. Memberi ketenangan jiwa
  4. Mencerdaskan akal dan mencetuskan aura positif
  5. Menghilangkan sejuk tubuh
  6. Menghindarkan perasaan gemuruh dan gementar
  7. Menghindarkan gangguan makhluk-makhluk halus, jin, hantu dan sebagainya
  8. Doa perlindungan untuk ke tempat-tempat 'keras' seperti hutan, lautan yang luas, tasik-tasik, sungai-sungai, bangunan-bangunan tinggalan lama dan sebagainya
  9. Doa perlindungan dari disihirkan orang, dicuba-cubakan orang, rasukan dan sebagainya
Dapatkannya kini dengan harga RM35.90/unit sahaja. Ada 3 pilihan (Al-Syifa'/Al-Kafi/Al-Syafi). Jika berminat, tinggalkan pesanan di ruangan komen atau pm saya di FB atau emelkan di luna.godric@gmail.com

PERHATIAN: DILARANG MELANGKAH PRODUK INI KERANA TELAH DIDOAKAN

Tuesday, January 29, 2013

Mengenal Keindahan dan Kecantikan Rasulullah SAW

Bismillahir-rahmanir-rahim...

Adalah di luar kemampuan manusia untuk melukiskan gambaran mengenai rupa bentuk Rasulullah SAW, jauh daripada kesanggupan sesiapapun untuk menceritakan insan yang penuh cahaya ini. Walau bagaimanapun para sahabat (r.anhum.) disebabkan jiwa mereka yang bercahaya dan mempunyai kesanggupan, telah cuba menggambarkan rupa bentuknya untuk memberikan sedikit bayangan Baginda SAW kepada kita untuk memuaskan hati kita dengannya.

Sheikh Hafiz Abu Isa Muhammad Ibn Isa Tirmizi

'Allamah Qurtubi (rahmatullah 'alaihi) berkata bahawa keseluruhan kekacakan Rasulullah SAW tidaklah dizahirkan, jika tidak, maka manusia tidak dapat menolehkan sedikit pandangan pun ke arahnya.

Seorang penyair Parsi telah menyatakan dengan benar bahawa segala kekacakan yang dipunyai oleh sekalian nabi dan Rasul telah didapati sempurna sifatnya (terserap sempurna) pada diri Rasul terakhir SAW.

Kecantikan Nabi Yusuf terserlah dengan sepenuhnya berbanding dengan kecantikan Rasulullah SAW di mana ianya tidak diserlahkan oleh Allah SWT dengan sepenuhnya.

Sesungguhnya adalah merupakan sebagai satu tanggungjawab yang besar ke atas ummat yang telah dipikul oleh para sahabat (r.anhum.) yang mana bukan sahaja mereka mencatatkan dan memindahkan Hadis-hadis Rasulullah SAW tetapi juga berusaha menggambarkan rupa bentuk luarnya dan berjaya di dalam usaha ini (ke tahap yang sungguh bernilai sekali).

Al-Barra' bin 'Azib r.a. berkata bahawa beliau tidak pernah melihat sesiapa yang terlebih tampan daripada Rasulullah SAW. Di dalam riwayat yang lain, Saiyidina Ali r.a. berkata bahawa beliau tidak pernah melihat sesiapapun yang terlebih kacak dan segak sama ada sebelumnya atau sesudahnya.

Hind r.a. berkata bahawa wajah Rasulullah SAW menyinar seumpama bulan purnama penuh.

Jabir r.a. meriwayatkan bahawa suatu ketika semasa malam bulan terang benderang,

"Daku sedang melihat kepada wajah Rasulullah SAW dan juga ke arah bulan, tetapi mengikut pandanganku, wajah Rasulullah SAW terlebih cantik daripada bulan."

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW tersangat putih seolah-olah baginda dijadikan daripada perak.

Monday, January 28, 2013

Habbatus Sauda Makanan Sunnah

Bismillahir-rahmanir-rahim...

Dalam sebuah hadith, Ummul Mukminin Aisyah r.a. berkata: 

"Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda, 'Sesungguhnya habbatus sauda (jintan hitam) mengandungi ubat bagi semua jenis penyakit kecuali as-saam.' Aisyah bertanya, 'Apa itu as-saam?' Dijawab oleh beliau, 'as-Saam adalah kematian.'"

(Hadith Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)


Habbatus sauda ialah sejenis tumbuhan yang terdapat di kawasan Mediterranean dan kawasan gurun. Nama saintifik atau biologinya ialah NIGELLA SATIVA. Bahasa biasa ia dikenali sebagai The Black Seed, Black Cumin, jintan hitam dan Habbah Brakah. Tanaman Habbatus sauda seperti segitiga dengan ketinggian 35-50 cm. Bercabang dan melingkar pada bahagian atas. Memiliki dedaun dan bunga warna putih kebiruan.

Biji hitamnya agak kuat baunya. Menyengat hidung. Namun biji hitam ini mengandungi pelbagai zat yang sangat diperlukan tubuh manusia. Ia mampu melawan serta mengusir virus. Lantas mempertahankan tubuh daripada serangan penyakit. Butir Habbatus sauda mengalami perubahan dan pematangan bentuk sendiri atau metamorfosis iaitu daripada biji yang awalnya berwarna putih menjadi biji berwarna hitam.

Memberi Khabar Gembira dan Tahniah Atas Kelahiran Bayi

Bismillahir-rahmanir-rahim...

"Aku telah mendapat seorang anak, kemudian aku membawanya kepada Nabi SAW. Baginda menamakannya Ibrahim, lalu mentahnikkannya (memecahkan mulutnya) dengan sebiji kurma."

Hadis Riwayat Abu Burdah daripada Abu Musa r.a.


Tangisan bayi bergema memecah keheningan suasana. Kehadiran ahli keluarga baru itu memang dinanti-nantikan khususnya oleh si ibu dan juga si bapa. Kelahiran bayi sebagai penghubung jambatan kasih suami isteri adalah suatu rahmat Allah SWT yang tidak ternilai harganya.

Kesempurnaan Islam tergambar dengan jelas dari peringkat awal kelahiran insan. Kegembiraan menimang cahaya mata yang sekian lama ditunggu seharusnya disempurnakan menurut lunas-lunas yang Islam tentukan.

Kelahiran bayi merupakan satu khabar gembira bagi setiap insan. Justeru, orang-orang Islam yang mendengar khabar gembira ini perlu bersegera meraikan kegembiraan tersebut. 

Jika kita menyoroti sirah peribadi agung Nabi Muhammad SAW, kita akan mendapati bahawa ketika Baginda dilahirkan, Thuwaibah telah memberi khabar gembira kepada Abu Lahab yang ketika itu menjadi majikannya dengan mengatakan: 

"Telah lahir seorang anak lelaki daripada Abdullah."

Maka Abu Lahab pada ketika itu dengan serta-merta memerdekakannya kerana terlalu gembira.

Ucapan tahniah terhadap pasangan yang menerima cahaya mata merupakan salah satu cara meraikan kegembiraan tersebut. Tujuan menyampaikan khabar gembira ini adalah untuk menanamkan perasaan kasih sayang dan membina kesatuan sesama umat Islam.

Sunday, January 27, 2013

7 Amalan Menjadi Kekasih Allah

Bismillahir-rahmanir-rahim...

1) Adakah anda ingin menjadi salah seorang kekasih Allah? Cintailah Nabi SAW dan keluarganya serta layanlah kedua orang tua anda dengan baik.

2) Adakah anda ingin menjadi salah seorang yang mengatakan "Ya Rab, Ya Rab!" lalu Allah menjawab "Aku menyambutmu, wahai hambaku. Mintalah (kepada-Ku), pasti Kupenuhi."? Bersihkanlah makanan anda (dari sesuatu yang syubhat apalagi haram), agar doa dimakbulkan. Layanlah manusia dengan adil mulai dari diri sendiri dan bergaullah dengan mereka dengan akhlak yang baik.

3) Adakah anda ingin menjadi salah seorang yang dimakbulkan doanya (oleh Allah) dan catatan amalnya memancar cahaya pada Hari Kiamat? Bersihkanlah hati dan perbanyakkanlah membaca: 

"La ilaha illallah, wa-astaghfirullaha lizanbi wa-lilmu' minina wal mu' minat" (Tidak ada Tuhan selain Allah. Ya Allah, ampunilah dosaku dan dosa Mukmin dan Mukminah). 

Janganlah menjadi sebahagian dari golongan orang yang lalai.

4) Adakah anda ingin menjadi orang yang banyak memuji dan dekat dengan Allah? Sesungguhnya semasa seorang hamba mengucapkan "Alhamdulillah", Allah menyambutnya dengan kalimat "Hambaku telah bersyukur dan memuji Aku". Maka perbanyakkanlah membaca: 

"Alhamdulillah wa-salamun 'ala 'ibadihil lazina-stafa" (Segala puji bagi Allah dan kesejahteraan atas hamba-hamba yang dipilih-Nya).

5) Adakah anda ingin menjadi salah seorang yang banyak bersyukur dan Allah menjamin baik keturunan anda? Amalkanlah dua ayat syukur yang ada pada Surah An-Naml ayat 19 dan Surah Al-Ahqaf ayat 15.

6) Mahukah saya tunjukkan sesuatu yang dapat menyatukan urusan agama dan dunia? Tunaikanlah perintah Allah SWT mengikut dengan kemampuan masing-masing. Allah SWT berfirman: 

"Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang) dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkanNya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat)." (Surah Al-Hajj: 77)

7) Mahukah saya tunjukkan teras pada segala-galanya? Katakan "Allah", lalu teguhkan (pendirian).

Ahmad Abdul Jawwad
Penulis Kitab Ad-Dua al-Mustajab, min al-Kitab wa al-Hadith