Monday, January 28, 2013

Habbatus Sauda Makanan Sunnah

Bismillahir-rahmanir-rahim...

Dalam sebuah hadith, Ummul Mukminin Aisyah r.a. berkata: 

"Aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda, 'Sesungguhnya habbatus sauda (jintan hitam) mengandungi ubat bagi semua jenis penyakit kecuali as-saam.' Aisyah bertanya, 'Apa itu as-saam?' Dijawab oleh beliau, 'as-Saam adalah kematian.'"

(Hadith Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)


Habbatus sauda ialah sejenis tumbuhan yang terdapat di kawasan Mediterranean dan kawasan gurun. Nama saintifik atau biologinya ialah NIGELLA SATIVA. Bahasa biasa ia dikenali sebagai The Black Seed, Black Cumin, jintan hitam dan Habbah Brakah. Tanaman Habbatus sauda seperti segitiga dengan ketinggian 35-50 cm. Bercabang dan melingkar pada bahagian atas. Memiliki dedaun dan bunga warna putih kebiruan.

Biji hitamnya agak kuat baunya. Menyengat hidung. Namun biji hitam ini mengandungi pelbagai zat yang sangat diperlukan tubuh manusia. Ia mampu melawan serta mengusir virus. Lantas mempertahankan tubuh daripada serangan penyakit. Butir Habbatus sauda mengalami perubahan dan pematangan bentuk sendiri atau metamorfosis iaitu daripada biji yang awalnya berwarna putih menjadi biji berwarna hitam.

No comments: