Friday, February 15, 2013

Ucapan dan Kalimah yang Dicintai Allah

Bismillahir-rahmanir-rahim...

Allah SWT memulakan dalam tujuh surah dari kitab-Nya dengan tasbih, dan banyak sekali ayat tasbih yang diturunkan oleh Allah dalam Al-Quran, yang berasal dari makhluk-makhluk yang bertasbih dengan memuji-Nya.

Allah SWT berfirman:

"Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun." (Surah Al-Isra': 44)

Allah SWT juga berfirman:

"Oleh itu, bersabarlah engkau (wahai Muhammad) akan apa yang mereka katakan dan beribadatlah dengan memuji Tuhanmu sebelum matahari terbit dan sebelum terbenamnya dan beribadatlah pada saat-saat dari waktu malam dan pada sebelah-sebelah siang; supaya engkau reda (dengan mendapat sebaik-baik balasan)." (Surah Taha: 130)


Rasulullah bersabda:

"Dua kalimat yang terasa ringan di bibir, tetapi berat dalam timbangan dan dicintai oleh Allah Yang Maha Pengasih: (Subhanallahi wa bihamdihi subhanallahil-'azhim) 'Maha Suci Allah dan dengan memuji-Nya serta Maha Suci Allah, Zat Yang Maha Agung.'"

(HR Ahmad, Bukhari, Muslim, Tirmizi, Nasa'i, dan Ibnu Majah dari Abu Hurairah r.a.)

Rasulullah SAW bersabda:

"Ucapan yang paling dicintai oleh Allah SWT ada empat: (Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha illallah dan Allahu Akbar). Tiada yang memudaratkan engkau, terserah mana yang akan kamu dahulukan."

(HR Ahmad dan Muslim dari Samrah bin Jundab r.a.)

Thursday, February 14, 2013

Solat Pintu Pertama ke Syurga

Bismillahir-rahmanir-rahim...


Solat: Perniagaan Tanpa Modal

Ibadah haji yang dikerjakan berpuluh ribu manusia di Makkah setiap tahun adalah syiar global Islam di dunia. Ia simbol universal agama Islam dan umatnya. Namun, ibadah haji menuntut keperluan yang tinggi dari segi kos perjalanan yang meningkat setiap tahun dan peruntukan masa yang sukar dipenuhi. Malah kepadatan kuota jemaah haji yang ditetapkan oleh kerajaan Arab Saudi juga menjadi penghalang kepada seorang Islam menunaikan ibadah teragung ini. Natijahnya tidak ramai yang berpeluang mengerjakan haji, dan kalau pun berpeluang, tiada jaminan ibadahnya sempurna. Justeru, ibadah haji adalah tuntutan yang memerlukan modal terlalu besar untuk dilakukan, sekaligus menyekat penyertaan ramai individu Muslim.

Tetapi sebaliknya bagi solat. Ia adalah satu-satunya ibadah berganjaran besar tanpa memerlukan modal besar. Solat tidak menuntut kos pengangkutan yang tinggi kerana ia boleh dilakukan di mana sahaja. Justeru, ia juga tidak perlu dihadkan dengan kuota tertentu kerana tempat solat tidak ditentukan pada suatu negeri tertentu. Rasulullah pernah menceritakan mengenai kelebihan baginda dan umatnya dibandingkan dengan para nabi dan umat mereka yang lain. Antara kelebihan itu ialah Allah menjadikan seluruh muka bumi ini tempat bagi orang Islam menunaikan solat.

Solat: Pintu Pertama ke Syurga

Ibadah yang diwajibkan ke atas orang Islam adalah anak kunci bagi mereka membuka pintu-pintu syurga dan mengunci pintu-pintu neraka. Setiap ibadah yang dilakukan dengan sempurna melayakkan seorang hamba bergerak hampir kepada Allah dan syurga-Nya. Pada ibadah zakat terdapat pintu untuk dibuka, pada ibadah haji dan umrah juga terdapat pintu untuk ke syurga. Begitu juga dengan ibadah-ibadah yang lain. Namun begitu, solat mempunyai kedudukan istimewa kerana ia adalah pintu pertama yang perlu dibuka sebelum sampai kepada pintu-pintu lain. 

Rasulullah pernah berpesan bahawa amalan pertama yang dihitung ialah solat. Sekiranya solatnya baik, dia akan berbahagia dan beruntung. Sekiranya rosak, dia pasti menyesal dan rugi. Ini memberikan gambaran jelas mengenai keutamaan solat dibandingkan dengan ibadah-ibadah yang lain. Tidak kira berapa juta ringgit disumbangkan sebagai sedekah atau zakat, tidak kisah berapa kali seorang itu menunaikan haji dan umrah, sekiranya dia meninggalkan solat, semua ibadah yang lain tidak berguna. 

Ironinya, ibadah paling tidak eksklusif, tanpa modal dan kelihatan terlalu mudah inilah yang paling bernilai di sisi Allah. Mengapa tidak, semua orang boleh membayar zakat, menunaikan haji, berpuasa dan mengucapkan syahadah. Namun tidak semua orang mampu menjaga waktu solat fardhu yang perlu dilakukan setiap hari. Solat adalah connection langsung seorang hamba kepada Penciptanya tanpa perantaraan material atau manusia lain. Hanya takwa dan iman yang mampu menggerakkan seorang hamba menyembah-Nya lima waktu setiap hari. 

Untuk mencari kesempurnaan dalam solat, kita perlu terlebih dahulu memahami bahawa solat adalah ibadah paling istimewa. Ia adalah talian pantas untuk terus berhubung dengan Allah. Solat adalah ibadah unik yang perlu dipelihara dan dikerjakan dengan sempurna. Hanya dengan memahami hakikat ini, seorang hamba dapat berusaha mendirikan solat dengan sempurna.

Banyak lagi pengisian menarik yang dibincangkan di dalam buku ini. Oleh itu, dapatkannya kini dengan harga RM40.00/unit sahaja. Jika berminat, sila tinggalkan pesanan di ruangan komen atau pm saya di FB atau emelkan di luna.godric@gmail.com

Wednesday, February 13, 2013

Cara Penggunaan Kasturi Syifa

Bismillahir-rahmanir-rahim...


1) Berdiri menghadap kiblat, tarik nafas perlahan-lahan, santai dan tenang.
2) Beristighfarlah dan mulai membaca Ummul Kitab Al-Fatihah.
3) Berselawat 3x dan gemakan niat atau Doa ketika mulai menyapu kasturi.
4) Gemakan niat seperti:


“Ya Allah jadikanlah usaha ku yg sedikit ini asbab kepada penyembuhan ke atas rohani dan jasmani ku.”


5) Kemudian hidu lah bau Kasturi itu sedalam-dalamnya.

Mudah-mudahan Allah memberi manfaat daripadanya.

Dapatkannya kini dengan harga RM35.90/unit sahaja. Ada 3 pilihan (Al-Syifa'/Al-Kafi/Al-Syafi). Jika berminat, tinggalkan pesanan di ruangan komen atau pm saya di FB atau emelkan di luna.godric@gmail.com

PERHATIAN: DILARANG MELANGKAH PRODUK INI KERANA TELAH DIDOAKAN