Tuesday, February 5, 2013

Mengenal Cap Mohor Kenabian Rasulullah SAW

Bismillahir-rahmanir-rahim...

Cap mohor kenabian adalah suatu perkara yang tersendiri, suatu perkara yang sangat penting dan bermakna. Ini adalah suatu mukjizat dan tanda yang tidak dapat dipersoalkan lagi.

Cap Mohor Rasulullah SAW telah ada pada jasadnya sejak kecilnya lagi. Sebuah Hadis dari riwayat 'Aisyah (r.anha.) di dalam kitab Fathul Bari menyatakan bahawa tatkala Rasulullah SAW menghembuskan nafasnya yang terakhir, para sahabat seolah-olah tidak bersedia menerima kewafatannya, maka ketika itulah Asma' (r.anha.) telah mengutarakan kekuatan hujjah 'Cap Mohor Rasulullah SAW' yang sudah tidak ada lagi yang memberi maksud dan bukti bahawa sebenarnya baginda telah wafat.

Ibn Hibban telah menyatakan bahawa perkataan "Muhammad Rasulullah" tertulis pada Cap Mohor Kenabian sedangkan Hadis-hadis yang lain menyebut bahawa perkataan "Antal Mansur" telah terukir padanya. Ukiran ini bermaksud: 

"Pergilah ke mana sahaja, kamu akan diselamatkan (ditolong)."

No comments: