Sunday, February 3, 2013

Mengenal Rupa Paras dan Ciri Fizikal Rasulullah SAW

Bismillahir-rahmanir-rahim...

Anas r.a. pernah berkata bahawa:

"Rasulullah SAW tidaklah tersangat tinggi dan tidak juga tersangat rendah dan warna wajahnya tidaklah terlalu putih seumpama air kapur dan tidak pula pucat pudar. Rambut mulia Rasulullah SAW tidaklah terlalu lurus (kejor) dan tidak pula terlampau kerinting (seperti orang-orang Negro). Allah SWT mengurniakan kenabian kepadanya tatkala umurnya empat puluh tahun. Beliau telah tinggal di Mekah selama sepuluh tahun dan di Madinah selama sepuluh tahun dan Allah telah mewafatkannya ketika umur beliau mencapai lebih dari enam puluh tahun dan uban yang ada pada rambut dan janggutnya tidak melebihi dua puluh helai."

Baginda tidaklah putih. Baginda tidaklah putih seperti air kapur. Begitu juga warna wajahnya tidaklah diputihkan. Maknanya ialah keputihan baginda adalah putih kemerah-merahan.

'Allamah Ibrahim Baijuri (rahmatullah'alaihi) menulis di dalam "Mawahib"nya (muka surat 7) bahawa di dalam dunia ini, warna ini kelihatan sangat menarik, mungkin ia merah dan keputihan dan di akhirat mungkin pucat bersama keputihan. Maka wajah putih Rasulullah SAW mempunyai unsur kemerah-merahan dan terdapat cahaya di dalamnya.

Dengan ini imam-imam telah menyatakan bahawa: 

"Jika seorang mengatakan bahawa warna wajah Rasulullah SAW adalah hitam, kita akan mengeluarkan fatwa kufur kepadanya kerana dia menyakiti dan memperkecil-kecilkan Rasulullah SAW. Begitu juga dia menyalahi beberapa Hadis mutawatir (yang terus-menerus periwayatannya) yang telah membuktikan akan keputihan warna wajah Rasulullah SAW, kita akan menggelar orang yang menafikan Hadis-hadis mutawatir sebagai kufur."

(Mawahib: m.s. 8)

Berasaskan daripada hadis yang telah disebutkan sebelum ini bahawa tinggi Rasulullah SAW adalah pertengahan (sederhana tinggi). Hadis yang lain menyatakan bahawa manakala baginda berada di tengah-tengah sekumpulan manusia, baginda akan ternampak seolah-olah tinggi daripada yang lain. Maksud daripada Hadis ini ialah bahawa itulah merupakan mukjizat Rasulullah SAW yang menampakkannya lebih tinggi daripada yang lainnya. Bukan sahaja baginda mempunyai pengetahuan yang luas dan tinggi daripada yang lain tetapi daripada segi ketinggian tubuh badan, baginda adalah terlebih tinggi daripada yang lain-lainnya.

Terdapat di dalam Hadis yang diperkatakan tadi bahawa umur baginda yang mulia ialah enam puluh tahun sedangkan di dalam Hadis yang masyhur umurnya dikatakan enam puluh tiga tahun. Jadi mengapakah berlakunya pertentangan di dalam Hadis-hadis ini?

Jawapan 1

Kenabian telah dikurniakan pada masa umur baginda 40 tahun dan kerasulan pula diterima tiga tahun kemudian. Tiga tahun yang dimaksudkan itu telah tertinggal di dalam kenyataan itu disebabkan kealpaan.

Jawapan 2

Biasanya tatkala perbualan, umur 'kasar' disebutkan sedangkan pecahan-pecahan yang mengikutinya ditinggalkan. Maka di sini hanyalah umur tersebut disebut dengan puluh sahaja.

Penjelasan:

Jikalau seorang memiliki wang RM550 dan apabila ditanya berapa banyakkah wang yang dimilikinya, maka biasanya dia akan menjawab dia mempunyai lima ratus ringgit.

Jikalau seorang pergi bersafar (melakukan suatu perjalanan) dan kemudian kembali selepas 32 atau 33 hari, biasanya dia akan berkata bahawa dia telah menghabiskan sebulan di dalam perjalanan.

Seorang yang kembali selepas membuat usaha Tabligh, biasanya dia akan mengatakan dia telah menyempurnakan satu 'cilla' (40 hari). Tidak ada perubahan dari segi bulan-bulan, puluhan disebutkan sedangkan angka kecilan yang mengikutinya ditinggalkan.

No comments: