Monday, February 4, 2013

Bukti Kehebatan Habbatus Sauda

Bismillahir-rahmanir-rahim...


Khasiat habbatus sauda bukan cakap-cakap kosong. Ia disokong pelbagai kajian dan siasatan termasuk yang dijalankan pakar perubatan Barat. Antara pakar perubatan dan ahli sains yang menjalankan kajian ialah dari pusat ilmiah Cancer Immunobiology Laboratory South Carolina, US, University Munich Germany, University of Colombo, US, University of Patchefstroom, Kings College London, College of Medicine King Faisal University, Department of biology Riyadh. Di samping itu ramai lagi saintis yang memaparkan hasil kajian mereka di dalam pelbagai buku, majalah dan jurnal perubatan antarabangsa. Antaranya Dr. Peter Schleicher, pakar immunisasi Eropah mendapati habbatus sauda berhasil menyembuhkan 420 daripada 600 orang yang mempunyai masalah alahan atau allegik. Kebanyakan mereka menghidap allegik terhadap 'pollen', debuan dan habuk, jerawat dan saraf kulit serta mempunyai daya tahan lemah.


Saintis di Cancer and Immuno Biological Laboratory of Germany mengesahkan habbatus sauda mampu merangsang sumsum tulang atau 'bone marrow' dan sel immunity, meningkatkan penghasilan apa yang dikenali sebagai 'interferon' dan mempertahankan sel-sel biasa terhadap kesan kemusnahan sel oleh virus. Seorang lagi pakar Eropah, Professor Michael Meurer pula mendapati habbatus sauda berupaya menghentikan pembengkakan atau 'inflammation' dan masalah saraf kulit. Mereka juga mendapati habbatus sauda berupaya memusnahkan sel-sel tumor dan meningkatkan jumlah antibodi yang menghasilkan apa yang dinamakan B cell. Sebenarnya banyak lagi hasil kajian yang didedahkan kerana sejak 1959 lebih 200 kajian telah dijalankan.

Pakar perubatan dan saintis menamakannya The Black Seed, Black Cumin, Black Caraway, dan Nigella Sativa. Hakikatnya itulah habbatus sauda. Ada yang menggelarnya The Back Seed. Itu bahasa Inggeris. Dalam bahasa Melayu, bijian yang mempunyai berkat. Dalam bahasa Arab, Habbatul Barakah. Jelas bahan yang sama itu habbatus sauda. Hasil kajian pakar perubatan Barat mahupun Timur adalah senada iaitu habbatus sauda ubat pelbagai jenis penyakit dan telah digunakan sejak zaman kuno Mesir dan Greek dengan berkesan.

Malah tokoh cendekiawan Muslim Ibnu Sina dalam karya terbesarnya The Canon of Medicine yang dianggap buku paling terkenal di dunia kedoktoran di Timur dan Barat menyatakan dengan jelas kehebatan bijian hitam itu. Namun pengiktirafan paling besar ialah sabda Nabi Muhammad SAW: 

"Sesungguhnya habbatus sauda itu adalah ubat semua penyakit kecuali mati."

No comments: